Wednesday, November 12, 2008

PECAHAN PENDUDUK PETALING JAYA

Semasa saya, Yasmin dan Harsanny menjalankan kerja lapangan di Petaling Jaya, kami sempat meluangkan sedikit masa meninjau Menara MBPJ yang berdiri megah di tengah-tengah bandar PJ. Apa yang menarik perhatian kami ketika melangkah masuk ke dalam bangunan yang serba indah itu adalah sebuah kiosk yang terletak bersebelahan dengan kaunter pertanyaan. Keistimewaan kiosk tersebut adalah para pengguna khususnya penduduk Petaling Jaya untuk mendapatkan pelbagai jenis maklumat antaranya seperti maklumat jumlah saman. Selain itu pelabagai info mengenai Petaling Jaya boleh didapati dengan mudah mengguanakan kiosk tersebur seperti peta maklumat pecahan penduduk mengikut umur, kaum dan pekerjaan. Apa yang lebih menarik lagi adalah pengguna juga boleh mencetak terus maklumat tersebut. Kami juga sempat mencetak peta Petaling Jaya menggunakan mesin tersebut.

Antara maklumat yang kami dapati daripada kiosk tersebut adalah:


PECAHAN PENDUDUK MENGIKUT KAUM

Cina :: 40%
Melayu :: 37%
India :: 16%
Bukan Warganegara :: 6%
Lain-lain :: 1 %


PECAHAN PENDUDUK MENGIKUT UMUR

15-64 tahun :: 71%
>65 tahun :: 4%


PECAHAN PENDUDUK MENGIKUT PEKERJAAN

Profesional :: 51%
Perindustrian :: 22%
Perkhidmatan :: 14%
Tidak Bekerja :: 6%
Buruh :: 6%
Lain-lain :: 1%




Saya dan Harsanny bersama kiosk yang dimaksudkan.