Monday, November 3, 2008

PERSPEKTIF AWAM TERHADAP TAHAP KEEFISIENAN BANDAR DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

BANDAR RUJUKAN : PETALING JAYA



Satu soal selidik yang terdiri daripada 45 booklet soal selidik telah diedarkan di kawasan kajian iaitu di bandar-bandar utama sekitar Lembah Klang dan kumpulan saya yang terdiri daripada saya, Yasmin dan Harsanny telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian di Bandar Inai Merah, Petaling Jaya.

Soal selidik setebal 10 muka surat ini terbahagi kepada 4 bahagian; a, b, c dan d. Bahagian a adalah mengenai latar belakang responden. Bahagian b merupakan persepsi responden mengenai tahap keefisienan bandar. tahap keefisienan bandar ini dibahagikan kepada beberapa elemen seperti ekonomi bandar; kemudahan masyarakat, utiliti dan sosial; infrastruktur dan utiliti; rekabentuk, imej dan landskap bandar; pengangkutan dan perhubungan; perdagangan/perkhidmatan; perkilangan dan perindustrian; pelancongan dan budaya; perumahan; keselamatan dan kawalan; governans; alam sekitar serta perkhidmatan secara online/e-governans. Bahagian c memrlukan responden meletakkan ranking pada tahap keefisienan bandar mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan manakala bahagian d pula melibatkan pengalaman responden berdepan dengan masalah keefisienan bandar sepanjang 5 tahun lepas.

Mendapatkan responden-responden yang sudi meluangkan masa beberapa minit bagi mengisi soal selidik bukanlah satu perkara yang mudah. Walaubagaimanapun, kumpulan saya berjaya juga menyelesaikan soal selidik ini dengan mendapatkan 45 orang responden. Jutaan terima kasih kepada para responden yang sudi memberikan kerjasama.

____________________________________________________________________


Soal selidik yang digunakan adalah merupakan sebahagian daripada langkah untuk mendapatkan maklum balas penduduk tentang tahap keefisienan bandar di kawasan pihak berkuasa tempatan.ini adalah bertujuan bagi membolehkan satu indeks keefisienan bandaraya dibentuk di Malaysia. Kajian lapangan yang dijalankan adalah merupakan sala satu komponen penting dalam menjayakan projek penyelidikan Efi-CITY (Kod:06-01-02-SF0357) yang dibiayai oleh dana Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia (MOSTI).

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Seketeriat Kumpulan Penyelidikan Efi-CITY, Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments: