Tuesday, August 26, 2008

Saya dan SKAD2063...

Erm.. SKAD2063, Urbanisasi dan Pembangunan Bandar; sebelum ni tak pernah tahu pon kewujudan subjek ini..huhu mungkin sebab salah diri sendiri..last minute baru terhegeh-hegeh nak daftar PB maka bertemulah jodoh saya dengan subjek ini..huhu..memang xde idea langsung subjek ni camne..first time masuk kelas baru tau subjek ni membincangkan tentang isu-isu pembandaran..kebanyakan student yang amik subject ini daripada fakulti FSSK and more than half of them merupakan student sains pembangunan..mula-mula belajar memang banyak yang blur la..sebelum ni x pernah amik tau pon isu-isu camni..masuk plak tutor..lagila blur..rasenye memang banyak yang tak tau pasal isu-isu pembandaran ni..huhu..pbt la..itu la..ini la..tapi itu semua merupakan satu ilmu yang baru yang agak menarik..to tell the truth, im begin to like this subject..diharapkan dengan bantuan daripada pensyarah dan rakan-rakan, saya akan dapat memahami dan mengikuti subjek ini dengan lebih baik. sekian..

MPPJ??

Petaling Jaya merupakan salah satu bandar yang pesat membangun di kawasan Lembah Klang. Bandar ini merupakan pusat tumpuan sktor pelaburan, penindustrian dan pendidikan. 20% daripada bandar ini merupakan kawasan perindustrian dan perdagangan. Bandar Petaling Jaya yang mempunyai keluasan 97.2km persegi ini telah ditubuhkan pada tahun 1952. Dengan tujuan untuk menubuhkan sebuah bandar satelit, dibawah Ordinan No. 36, sebuah badan telah ditubuhkan untuk mengurus dan mentadbir Bandar Petaling Jaya. Badan ini dikenali sebagai Petaling Jaya Authority sebelum ditukar kepda Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya.

Setelah 12 tahun berlalu dan Petaling Jaya semakin menunjukkan potensinya menjadi sebuah bandar yang maju, sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai hak kewangan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1964. Ia kemudiannya dinaiktaraf menjadi Lembaga Bandaran Petaling Jaya. 13 tahun kemudian, ia dinaiktaraf lagi menjadi Majlis Perbandaran Petaling Jaya atau MPPJ seperti yang ada sekarang.

Di bawah naungan MPPJ iaitu pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mantadbir bandar ini, Bandar Petaling Jaya kini terus mengorak langkah menuju pembangunan. Dengan pertambahan penduduk yang melebihi 480 000 orang, Petaling Jaya kini menjadi simbol kemajuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan.